Salam,
Dah lama rasanya tak catatkan idea yang selalunya datang tak tentu masa. Disebabkan itu,banyak cetusan fikiran hilang begitu saja (tak sempat tulis masa itu juga). Yang ini pun dah hilang separuh bahagian (sebab tak sempat nak tulis masa idea datang tu lah,) jadi terpaksalah buat semula... Saya nak kongsi puisi ni,tentang kehidupan. Baca dulu,nanti saya huraikan. :)
Rasa pahit yang makin biasa
Hari demi hari
Menyaksikan transformasi langit
Yang kian penuh warna
Bulan,bintang,dan inderaloka
Adalah aku.
Rasa hangat yang makin membara
Tenggelam,timbul dan tenggelam lagi
Makin lama makin merana
Hanyut dalam mencari diri
Bagaimana mungkin begini,
Sinar hilang di hujung jalan
Nafas lemah hampir rebah
Namun masih terus berdansa
Hingga hampir ke hujung lembah
Menanti yang hilang kembali semula
Jauh sudah kini,
Kian lupa rentak yang Kau atur
Kau harus kembali
Jika bukan aku yang mampu
Tapi aku masih berdiri
Sambutlah tanganku sekali lagi
Sebelum kasih yang paling suci ini
Hilang tanpa jiwa pemiliknya
Kiri,kanan,belakang dan hadapan
Bisikkan jalan dan pandulah arahku
Kaca makin mengabui pandangan
Sudah kabur dan canggung langkahku
Arah jalan yang kucari kini bukan pada papan tanda
Bukan juga yang zahir di atas petaku,tapi perancanganMu
Hampir semalaman aku merenung laut (di seberangnya cahaya neon jingga)
Mencari-cari penawar kalau ada
Dan kini jelaslah kala dua pandangan bertaut
Kau selalu ada dan aku lupa
Sajak ini (kalau boleh dipanggil sajak) menggambarkan kehidupan manusia yang selalu lupa dan hilang arah dalam keindahan dunia yang fana. Apa yang saya cuba sampaikan di sini,sebagai remaja kita sangat mudah hanyut dan kadang kala dah terlambat bila kita tersedar. Sebelum semua itu terjadi,ingatlah hidup harus ada tujuan. Bukan sahaja duniawi,tapi juga hakiki. Dan ingatlah juga,tiada cinta setanding cinta Allah buat hamba-Nya. Sungguh,Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pengampun. Selautan kasih-Nya tak terbanding dengan mana-mana cinta duniawi.
Salam Maal Hijrah 1431,maaf lambat sedikit. (Sebab idea hilanglah jadi lambat ni. -_-) Semoga segala kebaikan dalam diri kita sentiasa mekar,dan semangat terus membara tanpa jemu memperbaiki diri. Kalau nak berkongsi pandangan,boleh kita bincangkan di sini. Kalau tak ada pun,tak apa...terima kasih juga,sebab sudi baca! (Walaupun saya tak tahu. Tapi awak tahu!)
Haha. Jadilah tu,kan? ;)

hurm..rase nyer..sesuai untuk title.."pencari sejati" kan3...haha
ReplyDeletebuleh bt maskot,hihi.. :) nnt nk buat sajak psl mncari coklat bwh seat bas le plk,blh dedicate title die: 'pcari sejati'. hehe!
ReplyDelete