Creative Commons License
This work by Phyto Hystrix is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.

Hummers, too.

...whatever you do, keep your intentions right; lillahitaala. He will guide you through the hardest paths and darkest days. Smile and fear not any hardship, for He's around. :)

March 3, 11.32 p.m.

Thursday, July 22, 2010

Luka Mana.

Ya, itu tajuk lagu Hujan. Ya, saya dengar lagu Hujan. Lagu nasyid? Ya juga, tapi apa juga sama sahaja. Lagipun, siapalah saya. Sinikal.


Salam.


Pernah merasa bermacam jenis manisan. Tapi di dalamnya ada racun yang pasti membunuh dan sudah cukup tahu. Tapi tidak juga mahu serik, sebab ubat itu juga pahit, dan adalah salah untuk membuat berbagai andaian tanpa mempelajari fakta. Sinikal kali kedua.

Salah.


Saya petik sedikit lirik lagu Luka Mana, maaf saya ini kurang layak untuk memetik titipan indah bahasa lagu-lagu karangan Maher Zain,. Katanya 'luka mana yang tak pedih.'


Luka mana yang tak pedih.


Kata orang, jangan tulis itu dan ini yang tidak manis dalam laman maya. Tapi bibirku kurang petah berbicara. Hatiku jenis yang selalu kecamuk minta ditenangkan. Mata sering menangis dalam diam, meratap jiwa yang merayu minta rintihannya didengari. Minta permohonannya diperkenan. Tapi pada siapa, jika bukan pada dia Ibu yang juga berkongsi tangisan hingga buat diriku sesal tak terhingga. Pada ayah yang cukup banyak tanggungjawabnya hingga timbul rasa serba-salah untuk menambah satu, dua dan tiga lagi dalam kotak fikirannya dan pada sahabat yang jauh di seberang sana, yang masing-masing juga sama rasa, jadi pada siapa.


Pada siapa.


Teman datang dan pergi, hati bersepah dengan memori.

...turut berkecai saat begini. Ukirlah senyumanmu dan pandanglah setiap luka ini. Satu, satu, dan satu lagi. Sudah puas diubati hingga jemu sudah menanti untuk penawar hadir lagi. Hanya pada Dia. Adakah aku sehina pandangan mereka padaku, wahai penakluk hati, wahai Pencipta semesta? Hanya Kau berkuasa atas segalanya, hatiku sudah cukup luka. Walau beribu tinggi pun banjaran ini kudaki, tetap tak sama jejakku dengan mereka. Walau sedalam manapun laut-Mu ini kuselam, tetap tak sedalam pandangan mereka terhadap ilmu-Mu. Walau sejauh manapun tanah-Mu ini kujelajahi, tetap tak seiring ritma hatiku dengan atma mereka. Aku tentang apa yang mereka tentang, kerana-Mu. Aku sokong apa yang mereka perjuang, tiada lain hanya kerana-Mu. Aku bergadai air mata bergolok sahabat, tidak lain kerana-Mu. Aku senyum, tertawa dan menagis di sisi mereka yang ku sebut-sebut sahabat,




tapi hampa.




Wahai hati, redakanlah amukmu. Aku sudah cukup puas menangis. Hentikanlah rayumu, aku tak mampu melindungmu lagi. Kamu berdarah dan begitu juga aku. Lihatlah aku wahai hati, lihatlah aku. Dengarlah rintihku. Aku dibaluti luka yang selama ini kulindung darimu. Sesuatu yang cuma olok-olok,tiada siapa tahu, cuma kita, tapi bukan mereka. Jelaslah bukan, tentang endah. Sesuatu yang sering kucari di dada langit makin hilang. Bintang-bintang yang akan memandumu. Kamu dan aku akan berpadu menjadi satu, jasadku yang selama ini merupakan perisaimu. Kamu dan aku akan menjadi satu. Yang pasti takkan berpadu dengan mereka. Langkah kita akan sekata, tapi bukan dengan mereka. Laut ini akan kita selam, tapi bukan bersama mereka.

Perjuanganmu adalah kehendakku, lantangku adalah apa kandungmu, hati. Akan kupasak tanah ini jika itu yang kau mahu. Akan kubisik dalam mimpi-mimpi mereka,. Akan kuturut pintamu hati, hentikanlah amukmu. Kerana aku tahu kamu sudah jenak dengan pujukanku. Dan aku juga sudah jenak dengan semua lakonan ini.

Mereka kata usahlah hiaskan maya ini dengan kata hati. Jadi pada siapa? Itu cuma kata mereka. Mereka yang bertopengkan kebaikan atas misi untuk menyingkirkan sebanyak mana beban yang mampu. Beban. Tanggungjawab. Atas nama kebaikan. Yang dikonon-kononkan. Ya sahabat, aku memang pandai berbahas-kerana ini kata hati, bukan bibirku yang cuma mampu mengukir senyum tiap saat puas darahku kau saksikan mengalir. Takkan sanggup melukakanmu walau sekali. Kerana kau sahabat. Kusangka ia sepatutnya begitu.


Tak pernah mahu kau fikir yang aku ini punya hati. Yang zahir padamu aku ini bukan selayaknya untuk berlari bersama. Tak sehebatmu. Tapi aku masih milik-Nya, penakluk hatimu dan juga hatiku, yang hina.


Nafas yang dihembuskan-Nya ke dalam jasadku tidak semulia nafasmu. Demi itu derap kakiku tak mungkin sama dengan langkahmu. Aku bukan layaknya di sampingmu walau apa sekalipun. Padamlah api perjuanganmu ini, kerana langit yang kupandang, tetaplah langitku jua. Kerana langkah yang kau orak tetaplah langkahmu jua.

No comments:

Post a Comment

Feel like sharing your thoughts? Make yourself at ease! :)