Perhatian: Azlan Shah ni adalah rakan saya di USM Pulau Pinang tau, jangan silap identiti pulak! :)
Salam.
Kali terakhir jumpa adalah pada tahun 2006. Lepas empat tahun, akhirnya semua dapat peluang jumpa kembali.
"Upload la gambar, I want to see how much they've grown," kata kawan saya ni tadi. Ha'ah,macam iklan Calci-Yum pulak kan, haha! Sayang, Azlan Shah dan beberapa kawan-kawan lain tak dapat datang...
Eh, ke mana?
19 Jun 2010. Lepas solat Zohor, telefon dah mula berdering-dering. Aduih...nak kena jemput si Kimi, Ili dan Za'eh dekat sekolah ni, janji pukul 2 petang nak gerak. Ni dah 1.40 petang dah!
***
Baru beberapa-rasanya dua-hari lepas, terlanggar anak kucing. Oh bukan salah saya, itu pun menangis sambil bawa kereta sebab itu kali pertama langgar makhluk halus-bukan, makhluk bernyawa. Nak jadi cerita, masa kereta tengah meluncur dari simpang (penurun bukit) ke bulatan UKM, seekor anak kucing tiba-tiba melintas-melompat sebenarnya, dari celah-celah pokok hiasan atas bulatan terus ke lorong sebelah dalam, betul-betul kurang dua saat depan kereta. Yang sempat nampak cuma kelibatnya yang warna putih tu. Tak, bukan hantu. Anak kucing la. Ya, waktu tu malam, nak jemput Ayah lepas bawak Ibu jalan-jalan di Alamanda. Habis rapat ke lantai brek ditekan, tinggal tak tarik brek tangan je,-kalau tarik mau Tokyo Drift dekat situ- tapi ajalnya dah ditentukan Allah dan cuma bunyi 'dup' sedikit untuk buat saya tahu yang anak kucing tu tetap nahas terkena tayar. "Allahuakbar, kena." Itu je yang mampu saya cakap. Tak tahulah, tapi rasanya sikit saja, sebab bila saya undurkan kereta ke belakang, yang jelas cuma sikit tompok hitam pada badannya, mungkin terkena minyak masa di bawah kereta, dan kakinya menendang-nendang angin, sakit; dah tentu. Saya keluar untuk tengok keadaannya, kalau-kalau boleh dibawa ke klinik. Tapi beberapa langkah menghampiri anak kucing malang tu, jelaslah matanya berair dan lehernya seolah terkehel dan nampak sedikit-saya tak pasti sebab cuma disuluh lampu kereta-sama ada darah atau dagingnya yang terkeluar sedikit dari luka di lehernya. Maaf, tak bermaksud nak buat pembaca rasa tak selesa. Beberapa detik kemudian, anak kucing tu berhenti menendang. Saya pandang Ibu dalam kereta dan gelengkan kepala. Ibu kata angkatlah kucing tu letak tepi jalan, tapi saya cukup takut. Saya pun tak tau. Rasanya saya yang langgar hingga dia mati tapi hakikatnya kata Ibu-itu dah ajalnya, dia melintas tepat pada masa untuk dilanggar kerana itu ajalnya.
Apapun tetap menangis sambil pandu kereta pulang. Kali pertama kena benda begitu, tentulah.
***
Balik pada cerita tadi. Haha, mesti awak dah terlupa cerita apa asalnya kan! Ibu pun pesan, memandu hati-hati. Ok bu InsyaAllah, saya kata. Dalam hati saya ingat, jangan laju dan jangan lambat juga. Geng dah tunggu. Dalam perjalanan ke JESS (sekolah lama masa mude dulu) Nana telefon pulak, ajak konvoi mula dari rumahnya sebab baki makanan pagi tadi banyak, nak bawak sikit ke Wetland Putrajaya. Yang penting nak jemput yang tiga tu dekat sekolah dulu. Sampai di sekolah, nampak le deme dah letih termenung dekat pondok bas depan sekolah tu. Wah...dah ada pondok bas ye sekolahku sekarang. Maju! Dulu mana ada, tapi yang dulu tu la seronok tunggu Ayah jemput sambil duduk merata-rata tengah panas tu. Nostalgia. Walaupun sekarang sekolah dah jauh cantik dari dulu dan lebih banyak kemudahan prasarananya (eche!) tapi yang tak ada dulu itulah banyak kenangan... :) Nampak je Optimus hitam saya melompat ribena bertiga tu. Datang-datang deme dah serbu bonet dulu.
"Weh weh weh, bonet penuh, korang pegang boleh tak barang-barang tu?"
"Boleh boleh!"
Ili bagi salam dulu. Bila semua dah masuk, Kimi terus bukak cerita. (Memang itu kerja Kimi,harap maklum)
Zaeh: "Awak tau tak tadi Rosyam Nor tengok kitorang!" (dalam satu nafas, ini soalan ke pernyataan?)
Saya: "Rosyam Nor..? Hahha. Yang betul ke yang tipu..."
Kimi: "Eh yang betul la!"
Lepas tu tiba-tiba riuh "Kan ke dia duduk sini?!" dan "Ha'ah dia duk sini kan" dan "Jalan 3 eh?"
Baru saya teringat. Oh ya. Betul la. Suka sangat la tu. -_-
"Kimi,dia tu dah kawin la."
***
Lepas bersalam-salaman (eh eh macam kenduri pulak!) dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, kereta hitam saya dan Getz kuning Tinie pun bergerak meninggalkan perkarangan rumah Nana. Getz kuning Tinie ada Nana dan Amni, Saga hitam saya pula ada geng kami berempat dengan tapowe-tapowe, pinggan-mangkuk, spaghetti, sandwich tuna, kek, buah, aiskrim Milo (saya tak tahu ada orang bawak ais krim Milo), cawan, sudu, segala inderaloka adalah pendek kata!
"Eh kau kata kau nak dengar cerita kan?"
"Ha'ah, cerita Jebon (hantu dekat kampus Kimi di Kuantan) dengan cerita monyet." (macam yang dijanjikan tempoh hari)
Kimi pun apa lagi mulalah bercerita..
"...malam tu dia study, tingkap dia bukak sikit. Pastu tiba-tiba tingkap yang sebelah tu terbukak luas macam ada angin tiup, (ade orang nyampuk, angin tiup kot) tapi takde angin,"
"MAKCIK KARIPAP!!!"
"HEI awak ni janganlah ingatkan cerita tu, takut la!!"
Hahahaha! Seronok sungguh menyakat budak-budak ni! Tau tak, Makcik Karipap memang popular zaman di Matrik dulu, bahkan punye la hebat Makcik Karipap ni, dalam satu malam beliau boleh merentas negeri untuk jual karipapnya. Yang spesel bukan apa, budak-budak yang lapar tengah study malam-malam tak payah turun ke kafe beli makanan. Kafe mana bukak pukul 2, 3 pagi kan. Makcik Karipap ada jual karipap, ikut tingkap je boleh beli. Senang kan? Tak kiralah awak duduk tingkat berapa, Makcik Karipap naik. Um, terbang. Muahahahahaha........
***
Raihan, Syaza, Najat dah tunggu dekat sana. Pukul 3 konvoi kami bergerak, pukul berapa sampainya tak tahu. Seronok punya pasal terlupa tengok jam. Tak boleh kira pun, sebab pusing-pusing keliling Alamanda lagi, semua co-pilot punya kerja la ni.
"Kimi ko sembang je lebih, kata co-pilot nak duduk depan!"
"Hehehe..aku tak bawak peta!" (jadi itu alasan dia nak duduk belakang rupenye..?)
"Ha sekarang, co-pilot tak kire la yang duduk depan ke, belakang ke, atas ke, tengok jalan cepat,"
Dah puas, bukan, penat ronda-ronda, co-pilot-co-pilot pun angkat telefon mintak bantuan Raihan yang ada dalam Alamanda untuk tunjuk arah. Tiga-tiga bercakap dalam waktu yang sama, saya hentikan kereta dan beritahu Tinie yang dah penat dari tadi mengekor yang kita ni sekarang tunggu Raihan. Senang.
"Ko nampak tak kereta aku sekarang, aku keluar dari traffic light ni,"
"Aku nampak, kereta kancil warna biru gelap,"
"Tak tak, aku Kancil warna purple" (geng dalam kereta semua dah tengok kiri kanan)
"Aik? Serius aku tak nampak Kancil warna purple we. Kat mana ko ni???"
"Ko caye la kat aku, aku nampak korang...ha jalan je straight.."
"Ha yela yela," saya pusing belakang. "Korang nampak tak Kancil warna purple?"
***
Raihan tunggu di bahu jalan, Najat terpaksa keluar dan tunggu tepi kereta, buat aksi ala-ala circuit girls Sepang tu. Betul, memang die berdiri macam tu. Najat, Najat...
Lega, sampai pun akhirnya. Rupa-rupanya Kancil purple tu warna Indigo. Patutlah dari jauh nampak macam biru gelap. Dari dekat memang nampak biru-ungu. Alahai...jenuhlah mencari Raihan. Hahaha...
Tak jauh perjalanan, sampai jugak ke tempat dituju... Taman Wetlands Putrajaya. Humh, bukannya susah pun, cuma bila ikut jalan yang tak biasa, semua hilang arah. Apapun terima kasih co-pilot semua, dan Raihan satu kereta jugak. Alhamdulillah semua selamat sampai.
Sampai je di pondok (ada banyak pondok siap dengan meja dan tempat duduk yang selesa, sesuai untuk berkelah) semua yang ada; Raihan, Syaza, Najat (Kancil PURPLE); saya, Ili, Kimi, Za'eh (Saga) dan Tinie, Nana, Amni (Getz) pun mula susun barang makanan atas meja. Masa itulah baru perasan, amboi hai, barang makanan lagi banyak dari orang dah nih!
Tak lama duduk, sampai la orang penting. Ketua Tingkatan...
Pssst. Komen Syaza di Facebook: Pa'an nampak macam bapak bawak makanan untuk anak-anaknya. Hahaha! Betul ke? Saya rasa...hehe.
Oh ya kawan-kawan, Azlan Shah kirim salam. "La, hari ni yek korang Reunion? Aku tak dapat datang," katanya. "Takpela kau upload gambar, I want to see how much they've grown."
:)
Azlan, tengok la kitorang makin tinggi tak? Saya tanya.
***
Kalau ikutkan rancangan yang dah disusun Kimi, (kali pertama ni Geng F1 jadi jawatankuasa Reunion) patutnya kami nak berkelah di Taman Wetlands, lepas tu naik cruise tasik dan pegi Taman Botani. Akhir sekali solat Asar di Masjid yang baru dirasmikan tempoh hari, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ala, Masjid Besi tu..? Tapi...
Semua tu tak jadi. Yang jadinya cuma berkelah di Wetlands saja. Tahu kenapa? Mula pukul 3.30 petang, sampai pukul 6 petang semua tak puas melepas rindu dan masa rasanya terlalu cepat berlalu, cukup untuk makan (selagi mahu sebab banyak sungguh) dan berborak menanyakan masing-masing belajar di mana sekarang, itu dan ini.
"Aku rasa aku dari tadi makan," saya kata pada Amni
"Aku pun makan jugak," balasnya. Memang, puas merasa makanan yang dibawa semua orang. Lagipun, itulah yang istimewa. Kami tak pegi ke tempat hebat-hebat atau makan mahal-mahal walaupun ini kali pertama jumpa semula sejak kali terakhir berborak lepas kertas akhir SPM 2006 dulu. Kami berpakat, (mesej-mesej di Facebook) bawak makanan sikit sorang. Emh, bukannya sikit, banyak jadinya. Nanti tengok gambar ya. Rasa kasih-sayang masih utuh dalam hati setiap seorangya untuk satu sama lain. Ada yang siap masak sendiri untuk kawan-kawan rasa, ada juga yang tempah manisan istimewa untuk reunion ni. Untuk segalanya, terima kasih kawan-kawan. Dan oh ya, semua bawak kamera, tak kira kamera telefon atau kamera...kameralah, haha! Jadinya aktiviti utama hari itu bukan berkelah, pergi Taman Botani dan naik cruise; tapi berborak, menyakat satu dengan yang lain, makan, tangkap gambar, dan makan lagi sampai tak larat dah. Rupanya ada kawan dari kelas sebelah, Cendekia, dah bertunang. Habis semuanya riuh, siapa, siapa?
Tahniah Fatihy dan Nasyrah, semoga sentiasa dirahmati Allah, amin.. Manis sungguh Nasyrah, memang dari dulu pun memang manis orangnya! :)
Lepas tu mulalah. Hm, lepas ni siapa? Dia, dia! Tunding sana-sini. Saya pun sama, tunding kawan saya. Haha.
***
Hampir pukul 6 petang, semua dah mula sibuk tangkap gambar kenangan (makanan pun terpaksa dibiar lebih kurang 10 minit setiap satu untuk ditangkap gambarnya sampailah saya kata, kenapa semua kagum tangkap gambar sampai tak ingat nak makan, barulah makan..)
Ha, beratur nak suap meh! Cream puff Pa'an buat ni! Gambar dari Nonene!
Macam-macam gaya adalah. Budak-budak ni... Kami satu geng pun, si Kimi jenuh mengambik gambo makanan dalam pinggang saya. Gambo saya? Lepas tu pulak!
Sedar-sedar hari dah lewat petang. Kami berat hati nak berpisah, jadi seorang dua pun mula ingatkan, kita patut mula bergerak pulang. Nanti lewat sampai Bandar Baru Bangi. Kancil dan Getz singgah Alamanda, Pa'an balik seorang (kesian kali ni cuma dia sorang wakil kawan-kawan lelaki yang lain) dan kami satu geng teruskan rancangan asal, solat di Masjid Besi.
Ingat cerita terlanggar anak kucing? Ada guna rupanya kejadian tu. Masa bertolak dari Taman Wetlands menuju ke Putra Perdana, ada sebuah Savvy merah meluru dari persimpangan kiri menghala ke arah...Putra Perdana...tapi arahnya pelik sedikit. Lencongannya terlampau tajam, masa belajar dulu sepatutnya kereta yang keluar dari simpang tak boleh tiba-tiba masuk ke lorong lurus, kecuali selepas isyarat diberi 7 saat sebelum membelok masuk. Tapi pemandu ini mungkin ada urusan kecemasan yang begitu mendesak hingga dia meluru melintasi tiga lorong, ke arah...MUNCUNG KERETA KAMI. Memandangkan sudut belokannya begitu besar, keretanya memang meluru tepat ke arah kami dan nasib baiklah untuk pemandu itu, kereta lain agak jauh darinya jadi dia tidak dihentam. Tapi kami yang akan dihentamnya, jika saya tak sempat mengelak. Hangit bau tayar saya kerana disagat atas tar, semata-mata nak mengelak dari dihentamnya. Ili, Kimi dan Za'eh masing-masing nampak, tapi senyap kerana terkejut. Alhamdulillah deme pun macho-macho semuanya dan tak panik. Lepas itu barulah Za'eh tanya macam mana saya elak sebab dia takut dan tutup mata, tak nak tengok. (Hehe. Takut, takut jugak..) Melihatkan keadaannya yang memang seperti mahu merempuh dan tanpa rasa bersalah terus memecut laju itu, tanpa sedar saya hon dengan kuat kerana tindakan kurang wajarnya itu. Nyaris nahas empat orang dibuatnya. Tak baik buat begitu. Kadang-kadang kita memandu hati-hati pun boleh jadi mangsa, sebab ada pemandu begini. Berkali-kali saya minta maaf pada Ili, Kimi dan Za'eh yang tersentap ke depan akibat inersia (Fizik pulak) dari insiden itu, dan kata mereka tak apa, awak dah elak. Alhamdulillah Allah masih lindungi kami masa itu. Jadi beringat-ingatlah masa memandu ya, jangan jadi macam orang ini dan jangan juga terkena dengan orang-orang sepertinya.
Sebab itu kot saya terlanggar anak kucing. Ada hikmahnya, supaya saya tak terkejut sangat kali kedua. Alhamdulillah...
***
Keadaan tenang semula. Sekarang kita nak cari Masjid Besi. Eh, dekat mana masjid tu ya? Hujung-hujung kan? Jalan terus tapi masih tak nampak.
Eh yeke ni korang? Saya tanya. Rasanya kita dah terlepas kot, kata si Za'eh. Mana ada, tak nampak pun lagi, yang lain menyampuk. Karang kita pusing ya, saya kata.
Jalan agak lengang, iyalah hari pun Sabtu, tak ada orang sibuk pulang dari pejabat, jadi kami pun bergerak perlahan-lahan sambil terintai-intai. Bukan intai orang, intai jalan nak masuk ke masjid ya! Awak tengok kanan, awak tengok kiri. Eh! Mana ada kiri...kanan la,
Nampak papan tanda, 'LALUAN MASUK UNTUK PELAWAT'. Ha, jom kita masuk sini nak?
Jumpa pun..! Suasana sekitarnya begitu cantik, tambah pula masa matahari dah mula terbenam. Sama juga di dalam, rasa begitu tenang. Pada saya, reka bentuk masjid yang moden tetapi sederhana itu menjadikan tumpuan tidak lari semasa menunaikan solat, dan dalam masa yang sama binannya yang terbuka menimbulkan rasa hamppir dengan elemen alam semulajadi ciptaan Allah di sekeliling bangunan masjid yang indah ini. Tulisan khat pada kaca tumpah di atas hamparan permaidani merah samar apabila disimbah cahaya matahari yang sedang terbenam menunggu malam. Cukup damai rasanya... Za'eh kata, Masjid Besi tak ada pendingin hawa. Saya tanya, tak panaskah? Tak rupanya, hasil binaan terbukanya itu angin bebas memasuki segenap ruang masjid.
Eh eh. Dalam lif tentulah ada pendingin hawa..! :)
Selepas solat, kami ambik kesempatan untuk tangkap gambar lagi. Ummi Za'eh nak datang jemput di depan masjid, jadi bila Umminya tiba kami berslam dengan Umminya selepas Ili berikan kami masing-masing cenderahati dari Glasgow, tempat dia belajar sekarang. Terima kasih Ili! Kata Ummi Za'eh, semua dah anak dara, yelah, lama dah tak jumpa! Masa sekolah dulu rupa ribena-ribena lagi semuanya. Ha, bawak la kereta dulu, Makcik nak tengok, kata Ummi Za'eh. Petang itu kami tinggalkan Za'eh dengan keluarganya di perkarangan Masjid Besi. Rasa-rasanya Za'eh merasa la solat Maghrib di situ lagi kot!
Saya tangkap gambar Za'eh tangkap gambar.
Yang memantul bangunan depan tu bukan lantai, air kolam. Ingatkan lantai.
Nasib baik tak lari ke situ, jawabnya...cebuish.
Dari kiri Ili, Kimi, Za'eh.
Dari kiri Ili, saya, Za'eh.
Antara gambar paling cantik yang ditangkap oleh Kimi hari tu.
Pemandangan matahari terbenam di perkarangan masjid, antara gambar boleh tahan yang saya amik pulak.
Dah tinggal bertiga saja dalam kereta. Kami pun bukak cerita baru, macam-macam lagilah sambil Ili ambil gambar jambatan dan tempat lain yang cantik-cantik. Masuk saja lebuh raya, saya pandu laju sedikit supaya sempat sampai sebelum malam ke Bandar Baru Bangi...
***
Mula-mula hantar Ili, sebab rumah Ili paling dekat. Berhenti depan rumah, macam selalu mesti peluk kuat-kuat dan pesan macam-macam. Ini dah macam adik-beradik saya. Lepas tu hantar Kimi pulak, banyak bersembang pasal bonggol jalan yang dah mula pudar warnanya dan kurang jelas kelihatan pada waktu malam sebegini. Benda yang kelip-kelip atas jalan tu pun dah tak ada, (bukan dulu ada?) Entah la. :)
Alahai, tengok. Nyaris lupa nak tunjuk gambo makanan... Ni!
Coklat yang Raihan tempah.
Dari kiri Nana, Za'eh, Ili, Kimi, Amni. Iklan gigikah??
Makan! Meja depan dari kiri: Nana, Syaza, Amni, Najat, Pa'an. Belakang dari kiri: Kimi, Za'eh, Ili, saya, Raihan.
Pa'an, Tinie, Najat, Amni, Raihan, Nene, Syaza, Za'eh, saya, Ili. (pusingan jam) Gambar oleh Kimi.
Makanan lagi. Oh ni bukan semuanya...banyak lagi tak muat atas meja.
Bersyukur negara kita ni aman, alhamdulillah..sebab itu kita masih dapat nikmati saat-saat begini.
Tak ada huru-hara hingga nikmat kebahagiaan direnggut dalam satu dua saat sahaja. Alhamdulillah juga Allah peliharakan kawan-kawan saya ini, rapat hubungannya hingga bertahun-tahun. semoga hubungan ini tetap teguh walau apa sekalipun dugaannya. Kawan sebegini susah dicari, dan hilangnya susah diganti.
*Terima kasih Izzati Kamal, Ili Sya dan Norliyana Kay untuk gambar! Nanti belanja eskem Milo Ili! Eh silap. ;D
Sayang semuanya.